Monday, May 26, 2008

Kejohanan Catur Kebangsaan 2008 - 31Mei hingga 4Jun 2008 di The Chess Network, Kompleks Wilayah, K. Lumpur

Agak sukar bagi Persatuan Catur Selangor ( 'PCS') membuat pemilihan kerana ramai diantara pemain-pemain catur Persatuan Catur Selangor layak memasuki Kejohanan ini secara jemputan atau atas beberapa sebab lebih selesa berurus terus dengan pihak penganjur. Juga tidak seorang pun pemain wanita yang tampil untuk mewakili PCS kali ini. Walau bagaimanapun setelah membuat pertimbangan sewajarnya PCS menghantar tiga orang pemain berwibawa iaitu Ismail Ahmad, Justin Ong dan Zaidan Zulkipli untuk menyambut cabaran Kejohanan ini:-

  • Ismail Ahmad, anggota PDRM dan pemain kebangsaan yang tidak asing lagi di kalangan peminat catur tanah air. Beliau telah beberapa kali mengetuai pasukan catur PCS dengan rekod cemerlang sekali.
  • Justin Ong (gambar sebelah kanan) juga adalah satu-satunya pemain muda yang kini telah menempah nama di kalangan pemain remaja. Di Pertandingan Terbuka Catur Antarabangsa Royal Selangor 2008 baru-baru ini beliau berjaya menduduki Tempat Ketujuh mengatasi ramai pemain-pemain yang lebih berpengalaman.
  • Zaidan Zulkipli jarang kelihatan di sirkit catur tanah air kerana masih menuntut di luar negara tetapi turut membuat kejutan merangkul gelaran Naib Johan di Kejohanan KeSepuluh Catur Allegro Suku Tahun Kedua PCS 2008 tempoh hari.