Organisasi yang dinamik sentiasa menerima baik perubahan untuk terus maju. Setelah agak lama mencari pengganti yang berwibawa Presiden Kehormat SeUmur Hidup Dato' Tan Chin Nam akhirnya berjaya mempelawa Tan Sri Ramli Ngah Talib personaliti yang tidak asing lagi di tanah air ini untuk menerajui Persekutuan Catur Malaysia. Tan Sri seterusnya mendapat undian sebulat suara memegang jawatan Presiden oleh para perwakilan di Mesyuarat Agung Tahunan pagi ini.
(Dato' Tan and TanSri Ramli bersantai di ruanglegar Cititel MidValley dan TanSri memberi ucapan ulung pada Mesyuarat berkenaan)
Sementara itu demi kesinambungan ahli-ahli perwakilan turut memilih pasukan yang agak sama menganggotai Ahli JawatanKuasa (AJK) baru bagi membantu Presiden. Persatuan Catur Selangor ('PCS') di wakili oleh Presiden En Shafruddin dan Setiausaha Kehormat IA Lim Tse Pin dalam AJK tersebut.
Turut hadir sebagai wakil PCS ke Mesyuarat ini ialah Naib Presiden En. Kamarul Zaman Khalid, Naib Presiden FM Mok Tze Meng dan Bendahari Kehormat En. Fariz Shafruddin. Adalah menjadi harapan PCS agar badan induk ini akan terus-menerus lebih telus dan memberi faedah nilaitambah dengan penghantaran yang kemas kepada ahli gabungan khasnya dan perkembangan catur di Malaysia amnya.
Sunday, June 1, 2008
Persekutuan Catur Malaysia - Peralihan Kepimpinan
Labels:
Malaysia chess scene