Sunday, February 8, 2009

Kejohanan Ke-11 Catur Allegro Suku Tahun Pertama CAS-Octagon 2009

Peringatan

Jangan lupa membuat pra daftar untuk menyertai Kejohanan berprestij ini yang akan berlangsung pada 15hb Februari

Sila hantar nama dan nombor telefon anda ke alamat e-mail kami pada atau sebelum Khamis 12hb Februari 2009 bagi tujuan ini







Mengimbas kembali gambar-gambar 'candid' di Kejohanan siri ke 10 yang lepas




















Cubaan menggerunkan lawan
























'Red-riding hood' dengan penuh keyakinan membuat taktik 'ending' kilat















Pemain cilik Nur Nabila Azman Hashim turut beraksi di kategori 'senior' di Kejohanan Terbuka Klang baru-baru ini dengan prestasi yang baik sekali memperolehi 6 dari 8 mata.


Perkembangan terkini Catur di Selangor

Sesungguh nya Catur secara 'rapid' sangat di minati oleh pemain-pemain di Malaysia. Persatuan Catur Selangor (atau 'Chess Association of Selangor') adalah satu-satunya pengasas berterusan catur 'rapid' ini yang kini akan memasuki tahun kesebelas penganjurannya.

Suasana sukan catur semakin rancak di Selangor dengan lebih ramai para penganjur tampil untuk memeriahkan lagi bidang sukan ini

Sabtu lepas penganjuran besar-besaran oleh Badan Kebajikan Kakitangan Pejabat Agama Islam Klang dan Majlis Guru Besar Daerah Klang di adakan di Klang. Lebih 400 peserta mengambil bahagian di Kejohanan Catur Terbuka Klang tersebut.













Pegawai-pegawai bersama tetamu kehormat Dato' Seri Abdul Ghani Pateh Akhir (berbaju batik biru). Kelihatan di sebelah kiri sekali En Azhar yang tidak asing lagi di kalangan peminat catur turut membantu menjayakan Kejohanan ini. Syabas atas kejayaan penganjuran sukan catur di Klang dan lebih penting lagi pengiktirafan sukan catur sebagai satu riadah yang sihat dan berfaedah.



















Sebahagian dari para tetamu yang hadir semasa perasmian penyampaian hadiah di Kejohanan tersebut. Memandangkan sambutan yang sungguh menggalakkan ada cadangan untuk mengadakan Kejohanan ini dalam skala yang lebih besar dan hadiah-hadiah yang lebih lumayan lagi tahun hadapan


Ong Thian Loong (berbaju merah) berdepan FM Anas Nazrin Bakri (berbaju belang) bermain dalam masa kecemasan pusingan terakhir. Walaupun tewas dan berkongsi mata dengan lawannya beliau tetap menjadi juara dengan kiraan 'tie-break' Solkoff.

Tidak ketinggalan AJK Persatuan Catur Selangor FM Mok Tze Meng dan Fariz Shafruddin turut tersenarai pemain-pemain terbaik Kejohanan ini dengan menduduki tempat Ketiga dan Keenam.

Di bawah kategori umur 18-tahun dan 12-tahun pula di menangi oleh Muhd Nabil Azman Hisham dan Muhd Aziz Farhan Akbar