Pertandingan Catur OKU ke-12 ( 12th Annual "Chess Competition for the Disabled") telah diadakan di Berjaya Times Square pada 24hb Feb 2008. Persatuan Catur Selangor ('PCS') atau The Chess Association of Selangor turut menjayakan pertandingan tersebut bersama Lions Club of Kuala Lumpur Central, Ann Joo Resources Bhd dan Berjaya Times Square. Kelihatan dalam gambar AJK Persatuan Catur Selangor En Kamarul Zaman Khalid (berkopiah puteh) selaku Arbiter pertandingan tersebut.
Juga kelihatan IA En Latif Muhammad, Ketua Jurulatih Catur Pasukan Paralimpik Malaysia memerhati pemain catur kebangsaan Nur Ain Fatihah mengatur strategi menentang pemain tempatan Iskandar Rashid. Di sebelah kiri En Latif pula ialah Ahli PCS Puan Norhana Othman yang turut berada di Nakhon Ratchasima (Khorat), Thailand bulan lepas sebagai Pegawai Teknikal Catur, 'The 4th Asean Para Games 2008'. Untuk makluman Pasukan Catur Paralimpik Malaysia cemerlang dengan membawa pulang dua pingat emas dan dua pingat perak di Asean Para Games tersebut.
Berbalik kepada Pertandingan sehari ini ianya dimenangi oleh Chua Heng Meng, diikuti Ho Hea King kedua-duanya memperolehi 5 1/2 mata, dan tempat ketiga Saharuddin Mappa.
Keputusan